Banner
 

JURUUKUR BAHAN BILANGAN IKLAN : 06/02/12(SPA/BIKL)

Print E-mail Facebook MySpace Twitter Digg Delicious Stumbleupon Google Bookmarks Linked in
Job ID : 878 - Advertised : 2012-02-08 - Closing Date: 2012-02-22 or to apply
Company Name : Kerjaya Kitani
Approximate Salary: Negotiable
Location : Bandar Seri Begawan, Brunei-Muara Country : Brunei Darussalam
Industry : Education & Training Position Type : Any
Experience Level : Fresh Graduate Education Level : Bachelors Degree
Click here to find more jobs posted by this employer

JURUUKUR BAHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) KEKOSONGAN = 1

KELAYAKAN MINIMUM:

1. Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Ukur Bahan atau bidang bersesuaian.

2. Menjadi ahli badan professional yang diiktiraf seperti Royal Institution of Chartered Surveyor, United Kingdom atau yang setaraf dengannya adalah kelebihan.

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

KAUNTER PERMOHONAN TINGKAT 2
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO : 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)

PEMBERITAHUAN:

Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.

Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 6 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.

Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.

Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).

Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-

a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Rekod Perkhidmatan yang lengkap.

Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.

4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.

Permohonan yang diterima lewat daripada 22 FEBRUARI, 2012 tidak dilayan.

Bilangan kekosongan jawatan adalah betul semasa dicetak. Walau bagaimanapun, pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang perubahan bilangan kekosongan dalam tempoh iklan dibukakan melalui cara berikut :

• Menelefon 2381961 Sambaungan 588 /573 atau 2381337 (Bahagian Pengambilan)
• Menelefon 2381961 Sambungan 530/537 atau 2383455 (Bahagian Iklan)
• Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
• Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/

Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-

• Pejabat Daerah Belait;
• Pejabat Daerah Temburong.
• Pejabat Daerah Tutong;
• Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.


Stats Hits:731 Applicants:0

W2K Statistics

Total Professionals: 4096
Total Employers: 355
Total Jobs: 856