|
PENGAMBILAN PEKERJA ‘SITE STAFF’ (Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama) PEGAWAI PEMELIHARAAN TERNAKAN Tanggagaji : Bahagian II B2 (lama) B$2,610.00-B$3, 280.00 sebulan Tempoh : Kontrak 3 Tahun (36 Bulan ATAU sehingga selesai projek)
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MINIMA :- a. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kimia/Sains atau kelulusan sebanding pengkhususan dalam mata pelajaran kimia. Kelulusan yang lebih tinggi yang bersesuaian adalah kelebthan. b. Mempunyai pengalaman bekerja di Makmal Veterinar/Sains. c. Berkebolehan berkerja di Makmal seperti ‘Gas Chromotography (GC), High Performance Liquid Chromotography (HPLC), Liquid Chromotography Mass Spectrometer (LCMS), Atomic Absorption Spectrophotometer (AAS), Microplate Reader’ dan ‘Spectrophotometer’. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB (PERKHIMATAN MAKMAL VETERINAR) • Bertanggungjawab dalam pengendalian penyediaan keperluan pemeriksaan dan penganalisaan. • Melaksanakan kawalan kualiti (QC) peralatan dan keperluan pemeriksaan dan penganalisaan. • Melaksanakan pemeriksaan dan penganalisaan. • Bertanggungjawab dalam peralatan (equipment calibration), memantau dan menyelenggara dan perlaksanaan. • Bertanggungjawab dalam menyelaras keperluan bagi memenuhi kriteria pengiktirafan makmal (dokumen, rekod, senarai daftar dan prosedur piawaian operasi). • Menyediakan laporan keputusan pemeriksaan dan penganalisaan. • Mengendalikan stock check semua keperluan. • Merancang dan mengendalikan pembekalan dan pembelian keperluan makmal. • Bersedia menerima arahan-arahan bertugas daripada Ketua Bahagian dan semasa ke semasa. mengendali
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KESIHATAN (PERKHIMATAN VETERINAR) • Bertanggungjawab dalam pengendalian penyediaan keperluan pemeriksaan dan rawatan haiwan ternakan. • Melaksanakan pemeriksaan dan rawatan haiwan temakan. • Bertanggungjawab dalam hal ehwal pengendalian keperluan bagi memenuhi kriteria pengiktirafan dokumen, rekod, senarai daftar, prosedur operasi standard. • Menyediakan laporan keputusan pemeriksaan dan rawatan haiwan ternakan. • Merancang dan menyediakan pembekalan dan pembelian keperluan perubatan haiwan ternakan. • Bersedia menerima arahan-arahan bertugas daripada Ketua Bahagian dan semasa ke semasa.
AM: Pemohon-pemohon yang berjaya mestilah bersedia untuk bertugas bila-bila masa dikehendaki di luar waktu kerja atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di Negara Brunei Darussalam. SYARAT-SYARAT LANTIKAN :- Permohon yang berjaya akan dilantik selama tiga (3) tahun secara berkontrak. Pembaharuan kontrak tertakluk kepada persetujuan bersama. Lantikan akan diberi secepatnya kepada pemohon yang berjaya. Pemohon-pemohon adalah dikehendaki menyertakan maklumat kelulusan yang lengkap dan gambar / foto terbaharu (tidak dikembalikan) bersama surat permohonan secara bertulis. Jawatan yang dipohonkan hendaklah ditanda dengan terang/jelas di sampul surat dan dialamatkan kepada:
PENGARAH PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA BANDAR SERI BEGAWAN BB3510 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
Pemohon adalah dibenarkan untuk menghadapkan permohonan melalui talian faksimile nombor 2382226 berserta dengan maklumat yang diperlukan sebelum tarikh tutup iklan dan kemudian mengirim secara pos dengan segera. Hanya pemohon yang dipilih akan dihubungi untuk ditemuduga. Surat pemohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat di atas tidak lewat pada hari Rabu. 25 Januari 2012. Jawatan yang dipohonkan boleh juga diperolehi dalam website : http/www.agriculture.gov.bn
|