PENOLONG PESURUHJAYA BURUH
JABATAN BURUH
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
|
PENOLONG PESURUHJAYA BURUH JABATAN BURUH KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN) KEKOSONGAN = 2
KELAYAKAN MINIMUM: 1. a) TANGGAGAJI B.2 EB.3: Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Kesihatan,Keselamatan dan Persekitaran [Health, Safety and Environment,(HSE)] atau bidang bersesuaian.
b) TANGGAGAJI B.2: i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atausebanding dalam bidang Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran [Health, Safety and Environment, (HSE)] atau bidang bersesuaian serta sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun.
ATAU
ii) Sedang berkhidmat di Jabatan Buruh sebagai Pemeriksa Buruh Kanan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun.
ATAU
iii) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PESURUHJAYA BURUH:
- Membuat laporan serta cadangan pembaikan urusan Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja [Occupational Safety and Health – Management System (OSH-MS)] kepada
agensi-agensi Kerajaan dan Swasta
- Membuat perancangan strategik bagi melaksanakan Penguatkuasaan Undang-Undang Perintah Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja 2009 serta
langkah-langkah pemberigaan maklumat-maklumat Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja bagi meningkatkan lagi kesedaran para majikan dan pekerja serta orang ramai.
- Memberikan latihan, kursus serta konsultasi kepada agensi-agensi Kerajaan dan Swasta mengenai dengan Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja serta
cara-cara perlaksanaannya.
- Melakukan pemeriksaan dan pemantauan di tempat pekerjaan bagi mempastikan ianya selamat dan berada didalam tahap piawaian yang telah ditetapkan
oleh undang-undang.
- Membuat penyiasatan terhadap sebarang kemalangan di tempat kerja serta mengambil langkah-langkah penguatkuasaan undang-undang Perintah
Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja 2009
- Mengetuai operasi-operasi bersepadu bersama agensi-agensi Kerajaan yang lain mengenai dengan Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja.
- Mencadangkan polisi-polisi serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengan Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja.
- Membuat penyelidikan sebarang maklumat yang berkaitan dengan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja serantau dan antarabangsa dan menyediakan cadangan
yang bersesuaian dan relevan untuk digunapakai di Negara Brunei Darussalam.
- Membuat laporan hasil pemeriksaan atau operasi Keselamatan dan Kasihatan Tempat Kerja.
TEMPAT MENGAMBIL DAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN:
KAUNTER PERMOHONAN TINGKAT 2 PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS BB3510 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TEL NO: 2381961 / 2381337 (BHG. PENGAMBILAN) TEL NO: 2381961 / 2383455 (BHG. IKLAN) |