|
PENTERJEMAH KANAN JABATAN-JABATAN KERAJAAN C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN) KEKOSONGAN = 3
KELAYAKAN MINIMUM: 1. a) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
b) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penterjemah dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 5 tahun.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENTERJEMAH KANAN: Secara Amnya: 1. Membuat kerja-kerja terjemahan yang diaturkan oleh Ketua Bahagian dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya.
2. Melaksanakan kerja-kerja yang ada kaitan dengan penerbitan buku.
3. Mendokumentasikan artikel/majalah/akhbar sebagai salah satu tugas tambahan.
4. Menyumbangkan penulisan kreatif atau non-kreatif untuk majalah terbitan jabatan.
5. Menerima arahan berkaitan tugas dari semasa ke semasa oleh Ketua Bahagian.
DI JABATAN PEGUAM NEGARA: Membantu Ketua Penterjemah/Jurubahasa Serentak bagi melaksanakan terjemahan undang-undang, Perintah-Perintah Am, Surat-Surat Kontrak serta surat menyurat am Jabatan Peguam Negara. DI JABATAN KEHAKIMAN NEGARA: 1. Menterjemah dokumen-dokumen yang berhubungkait dengan prosiding Mahkamah.
2. Membuat terjemahan/pengesahan terjemahan dokumen bagi Jabatan- Jabatan Kerajaan yang lain, Pejabat Guaman Swasta, Kedutaan Asing dan Orang Awam.
3. Memeriksa semula dan meneliti kerja terjemahan yang dibuat oleh Penterjemah/Jurubahasa.
4. Menerima arahan daripada Hakim Mahkamah Tinggi, Ketua Pendaftar Mahkamah Besar, Timbalan Pendaftar Mahkamah Besar, Ketua Majistret dan Majistret-Majistret dan Pendaftar-Pendaftar dari semasa ke semasa.
DI JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA: 1. Membantu Ketua Cawangan dalam merancang projek Bahagian dan Cawangan dan menyediakan bahan/data untuk kertas kerja mengenainya.
2. Membantu Ketua Cawangan mengatur dan mengawasi tugas harian kakitangan Cawangan, termasuk disiplin dan prestasi kerja.
3. Mengendalikan projek/kegiatan yang telah dirancang oleh Ketua Bahagian dan seterusnya menyediakan laporan mengenainya.
4. Membantu Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan menyediakan Laporan Tahunan dan Anggaran Perbelanjaan Tahunan untuk Bahagian.
5. Menyemak/menyunting kerja-kerja terjemahan yang telah dibuat oleh kakitangan bawahan.
6. Membantu kakitangan bawahan (Penterjemah) membuat kerja-kerja terjemahan yang diaturkan oleh Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan.
7. Menyumbangkan penulisan kreatif atau non-kreatif untuk majalah/jurnal terbitan jabatan.
8. Lain-lain tugas yang diaturkan oleh Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan dari semasa ke semasa.
TEMPAT MENGAMBIL DAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN:
KAUNTER PERMOHONAN TINGKAT 2 PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS BB3510 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961 / 2381337 (BHG. PENGAMBILAN) TEL NO: 2381961 / 2383455 (BHG. IKLAN) |