PENYELENGGARA STOR TINGKAT I JABATAN-JABATAN KERAJAAN D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN) KEKOSONGAN = 1
KELAYAKAN MINIMUM: 1. a) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang Pembelian dan Perbekalan / Pengajian Perniagaan / Pentadbiran / Pengurusan Perakaunan / Perakaunan atau bidang bersesuaian.
ATAU
b) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelenggara Stor Tingkat II tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
c) Pernah berkhidmat sebagai anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan berpangkat sekurang-kurangnya Pegawai Waran II atau Anggota Polis Diraja Brunei dan berpangkat sekurang-kurangnya Sarjan serta mempunyai pengalaman dalam hal ehwal penyelenggara stor dan mempunyai rekod prestasi yang bersih dalam kerjayanya.
2. Mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam bidang Ilmu Simpan Kira dan/atau Perakaunan dan/atau dalam pengurusan stor / kakitangan dan/atau pembelian alat-alat adalah kelebihan.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELENGGARA STOR TINGKAT I: 1. Menyelaras hal ehwal penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan pemeliharaan barang-barang dengan sempurna.
2. Menyediakan dan memastikan semua rekod / akaun / ledger / buku stok sentiasa kemaskini/teratur mengikut dasar / peraturan / sistem yang berkuatkuasa masa kini.
3. Menyelia / mengurus perancangan pembelian barang-barang mengikut permohonan / paras stok diperlukan.
4. Menyediakan pesanan permohonan barang atau bagi penambahan stok.
5. Melaksanakan pemeriksaan stok dan memastikan stok mencukupi dan terkawal.
6. Menyediakan laporan / penyata hal ehwal kawalan stok, pemeriksaan stok, pelupusan / hapus kira terhadap barang-barang stor.
TEMPAT MENGAMBIL DAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN:
KAUNTER PERMOHONAN TINGKAT 2 PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS BB3510 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961 / 2381337 (BHG. PENGAMBILAN) TEL NO: 2381961 / 2383455 (BHG. IKLAN)
|