|
PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II JABATAN PERDANA MENTERI B.2 EB.3 (BAHAGIAN II) KEKOSONGAN = 2
KELAYAKAN MINIMUM: 1. Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam / Ekonomi / Perdagangan, Undang-Undang atau bidang bersesuaian. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II: DI BAHAGIAN EKONOMI KEWANGAN, PENYELIDIKAN DAN PERKEMBANGAN: (FR & D) 1. Membantu Ketua Bahagian dalam hal-hal yang berhubung dengan pengendalian dan penyelarasan Kementerian-Kementerian dan Jabatan- Jabatan di bawah bidang tumpuan Setiausaha Tetap yang bertanggungjawab bagi hal ehwal ekonomi dan kewangan.
2. Bertanggungjawab membantu Ketua Bahagian dalam urusan-urusan penyelidikan, perancangan dan penyelarasan serta membuat laporan ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal ekonomi dan kewangan.
3. Membantu Ketua Bahagian dalam memantau dan menyediakan bahanbahan maklumat yang berkaitan dengan penglibatan dalam hal ehwal antarabangsa seperti Ease of Doing Business, Global Competitiveness Index dan sebagainya termasuklah menyediakan kedudukan Negara dalam isu-isu berkaitan dengan ekonomi.
4. Membantu Ketua Bahagian dan pegawai-pegawai di Bahagian Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan dalam menyelaraskan mana-mana jawatankuasa kebangsaan dalam menangani isu-isu berkaitan dengan ekonomi.
5. Melaksanakan kerja-kerja dan tugas-tugas sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Bahagian dari semasa ke semasa.
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN1 HINGGA 4:
KAUNTER PERMOHONAN TINGKAT 2 PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS BB3510 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
TEL NO: 2381961 / 2381337 (BHG. PENGAMBILAN) TEL NO: 2381961 / 2383455 (BHG. IKLAN) |